Simpan duit, orang muda sekarang ramai boros - Abby Fana - Utusan Malaysia

Simpan duit, orang muda sekarang ramai boros – Abby Fana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio, Abby Fana, 59, memaklumkan tidak merancang untuk mengikut langkah ramai penyampai radio lama yang kini pembabitan mereka beralih ke platform radio di TikTok.

Kata Abby atau Habsah Omar, fasa bergelar penyampai radio baginya sudah berlalu.

“Saya mahu bergerak ke depan.

“Fasa hidup saya sekarang ini banyak dimanfaatkan dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan usia saya.

“Contoh, baru-baru ini saya dilantik menganggotai ahli jawatankuasa surau berdekatan kediaman saya. Hidup sekarang sangat tenang,” katanya.

Abby berkata demikian ketika ditemui sempena pentas akhir Penyampai Emas SINAR baru-baru ini.

Ibu dua cahaya mata ini juga memaklumkan yang dia juga sudah tidak mempunyai pendapatan tetap selepas menamatkan perkhidmatan di radio SINAR pada Januari 2021.

“Lebih 30 tahun saya bergelar ibu tunggal. Saya belajar hargai wang sebab hidup susah membesarkan anak-anak.

“Hasilnya, saya bergantung kepada duit simpanan sejak tidak bekerja tetap bermula lima tahun lalu.

“Kalau ada pendapatan pun ia bersifat sampingan dan tidak banyak. Saya tidak tahu esok lusa Allah bagi rezeki yang bagaimana.

“Sebab itu saya selalu sarankan kepada orang lain agar simpan duit. Orang muda sekarang ramai boros. Jadi tolonglah menyimpan,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN