Sharifah Rose mampu pergi jauh - Fasha Sandha - Utusan Malaysia

Sharifah Rose mampu pergi jauh – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aktres, Fasha Sandha tampil menyelar kenyataan seorang individu yang berpendapat lakonan Sharifah Rose kelihatan kekok.

Menurut Fasha, Rose merupakan seorang pelakon baharu yang bagus selain bijak menjaga disiplinnya sepanjang menjalani proses penggambaran drama Doa Yang Terlindung.

“Saya rasa Sharifah Rose berlakon okay sebab tiga bulan saya bersama dia. Dia menepati masa dan rajin,” katanya di Threads.

Dalam masa sama, Fasha turut berpendapat Rose mampu pergi jauh sekiranya bakatnya berjaya digilap dengan baik.

“InsyaAllah, dengan pengalaman Rose mampu pergi jauh,” ujarnya.

Terdahulu, seorang netizen meluahkan rasa kurang senang dengan kualiti lakonan Sharifah Rose yang dianggap kayu dan perlu digilap dengan menyertai mana-mana kelas lakonan.

“Saya tengok banyak juga drama Sharifah Rose berlakon. Tapi itulah, sampai sekarang nampak kayu. Dia tiada rasa mahu masuk kelas lakonan ke?,” komen netizen tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN