MCPF perkukuh jaringan keselamatan, agenda pencegahan jenayah 

MCPF perkukuh jaringan keselamatan, agenda pencegahan jenayah 

SAIFUDDIN Nasution Ismail merasmikan Pejabat baharu MCPF terletak di Taman Ikan Emas Cheras, Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perasmian pejabat baharu Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menjadi simbol komitmen berterusan yayasan itu dalam memperkukuh jaringan keselamatan komuniti.

Pengerusi MCPF Kuala Lumpur, Datuk Azman Abidin berkata, ia juga simbol komitmen yayasan dalam mempertingkatkan penyelarasan program pencegahan jenayah di ibu negara.

Beliau berkata, MCPF komited menjadi peneraju dalam agenda pencegahan jenayah melalui kerjasama strategik pelbagai pihak.

Selain itu, memperkasakan komuniti melalui pendidikan, latihan dan program kesedaran jenayah.

“MCPF turut menjalin kerjasama erat dengan sektor awam dan swasta bagi memastikan matlamat mewujudkan keselamatan dan keharmonian masyarakat dapat dicapai, khususnya di Wilayah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pejabat baharu MCPF terletak di Taman Ikan Emas Cheras. Ia telah dirasmikan oleh  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Rabu lalu.

Turut hadir,  Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.

“Perasmian pejabat ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak inisiatif kesedaran dan intervensiawal dalam usaha menurunkan kadar jenayah serta meningkatkan rasa selamat dalam kalangan masyarakat,” kata Azman. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN