KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin memfailkan permohonan supaya lima pertuduhan rasuah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen di sini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Permohonan itu dibuat melalui peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad sewaktu pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini hari ini. Berdasarkan dokumen afidavit sokongan yang diperoleh, Shamsul Iskandar, 51, mengemukakan beberapa alasan berkaitan permohonan…










