Sesi perbicaraan lafaz rujuk Datuk Red, Adira Suhaimi tangguh - Utusan Malaysia

Sesi perbicaraan lafaz rujuk Datuk Red, Adira Suhaimi tangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat menangguhkan sesi perbicaraan pertama kes lafaz rujuk membabitkan Datuk Adnan Abu atau Datuk Red dan bekas isterinya yang juga penyanyi, Adira Suhaimi.

Penangguhan itu dimaklumkan peguam mewakili Adnan, Muhammad Akma Amzan di mahkamah itu pagi tadi.

“Kami terima e-mel dari pihak mahkamah mengatakan bahawa hakim ada urusan penting tengah hari ini. Jadi tidak dapat jalankan perbicaraan,” katanya.

Akmal dalam masa yang memaklumkan setakat ini belum ada tarikh baharu diretapkan bagi sesi tersebut.

“Tarikh belum ditentukan lagi sebab kita perlukan perbincangan antara peguam.

“Datuk Red ada satu lagi program, kita perlukan perbincangan dengan peguam defendan (pihak Adira) dengan mahkamah untuk tetapkan tarikh baru.

“Apa pun, setakat ni proses ni kita buat secara tertutup melainkan ada perintah baru daripada hakim, baru kita dapat tahu lah.

Akmal dalam masa sama berharap kes itu dapat diselesaikan segera tanpa masalah berbangkit.

“Hendak kata berpanjangan taklah. Cuma kita harapkan kes ni selesai dengan segera kerana ini pengesahan lafaz rujuk. So mungkin tak lama, insya-Allah,” kongsinya.

Datuk Red memfailkan pengesahan lafaz rujuk terhadap Adira Suhaimi bagi mengesahkan tindakan yang didakwa berlaku pada Mei 2024, sejurus selepas perceraian mereka untuk mengelakkan dosa dan kekeliruan hukum.

Pasangan tersebut sah bercerai pada 24 April 2024, dan mempunyai empat orang cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN