PETALING JAYA: Pas mengecam sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat dan Israel yang melancarkan serangan serta pencerobohan terhadap Republik Islam Iran, hari ini. Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, serangan yang dilakukan ketika proses rundingan sedang berlangsung itu jelas melanggar norma keadilan sejagat. Malah, beliau berkata, ia juga merupakan satu bentuk jenayah perang yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa serta Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Katanya, tindakan tersebut menyerlahkan sikap sebenar Amerika…










