JOHOR BAHRU: Sembilan warga Indonesia ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor kerana menjaja di bazar Ramadan sekitar daerah ini, semalam. Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki dan enam wanita berusia antara 21 hingga 48 tahun. Katanya, mereka dipercayai menjalankan aktiviti menjaja pelbagai makanan tanpa dokumen perjalanan dan kebenaran yang sah. “Mereka tidak memiliki dokumen sah sekali gus melanggar peruntukan undang-undang…










