PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan penggredan semula sekolah bagi menangani isu 3,164 sekolah yang dikenal pasti sebagai sekolah kurang murid (SKM). Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon berkata, beberapa mesyuarat telah diadakan bagi memastikan sekolah terlibat digredkan semula dan jawatan pengurusan disusun dengan lebih teratur. Katanya, tempoh penggredan yang sebelum ini dilakukan setiap tiga tahun dicadang untuk dipanjangkan kepada lima tahun. “Bagaimanapun, kemasukan murid tahun…









