KUALA LUMPUR: Sistem ‘satu pintu dan satu tawaran’ akan diperkenalkan bagi menguruskan permohonan melanjutkan pengajian prauniversiti untuk program matrikulasi, asasi dan tingkatan enam. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pelajar yang memohon hanya akan menerima satu tawaran sahaja berdasarkan keputusan terbaik mengikut sistem meritokrasi yang ditetapkan. Katanya, langkah tersebut bertujuan memastikan proses kemasukan lebih teratur dan telus selain mengelakkan pelajar menerima lebih satu tawaran. “Maknanya, pemohon…










