KUALA LUMPUR: Kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 yang memberi kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak dalam pengurusan serta kawal selia sisa buangan terjadual di negeri masing-masing. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Arthur Joseph Kurup berkata, pindaan kali kelapan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 itu membolehkan pelaksanaan autonomi tertentu selaras dengan Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata, langkah tersebut juga menzahirkan komitmen kerajaan untuk…










