PETALING JAYA: Tindakan disiplin terhadap Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin hanya usaha demi mengekalkan kuasa Tan Sri Muhyiddin Yassin tanpa mengambil kira usaha memperkukuhkan parti. Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, lebih membimbangkan tindakan mengheret Ketua-Ketua Bahagian termasuk wakil rakyat yang menyokong Hamzah memperlihatkan penyalahgunaan prosedur disiplin secara terdesak. Beliau justeru itu menggesa Muhyiddin berundur bagi membolehkan proses pemulihan dan pembinaan…










