Roboh pangkalan haram, Polis Kelantan pasang pagar kawat berduri

Roboh pangkalan haram, Polis Kelantan pasang pagar kawat berduri

MOHD. Yusoff Mamat (tengah) semasa turun padang meninjau tindakan penguatkuasaan terhadap struktur haram diatas tanah kerajaan pangkalan haram parking, Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Kerja-kerja pemasangan pagar kawat berduri di kawasan pangkalan haram yang telah dirobohkan bermula hari ini dalam usaha mendung jenayah rentas di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Ketua Polis negeri datuk Mohd. Yusoff berkata, sebanyak 27 pengkalan haram akan dipasang pagar kawat berduri membabitkan peruntukan RM100,000 untuk fasa pertama termasuk bawah selain Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Katanya, kerja-kerja pemasangan melibatkan jarak 1.5 kilometer itu bermula dari pangkalan haram parkir hingga ke Ibrahim Pencen dijangka siap sebelum Ramadan.

“Kita akan mohon peruntukan tambahan untuk perluaskan pemasangan sehingga ke Tumpat.

“Semua pengkalan haram, termasuk yang tidak lagi digunakan, akan dipasang kawat berduri,” katanya kepada pemberita selepas turun padang meninjau tindakan penguatkuasaan terhadap struktur haram diatas tanah kerajaan pangkalan haram parking di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, kawalan sempadan kini dilaksanakan secara berlapis dengan PGA bertindak sebagai barisan hadapan manakala Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) lapisan kedua.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, kerja-kerja perobohan pangkalan haram berstruktur melibatkan tanah kerajaan di sepanjang Sungai Golok yang menjadi pemisah sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan akan selesai sepenuhnya minggu ini.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, Pengkalan Kubor, Tumpat merupakan lokasi terakhir kerja-kerja perobohan pangkalan haram melibatkan yang dibina atas tanah kerajaan selepas Rantau Panjang dan Pasir Mas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN