MOF teliti penggunaan MyKad beli minyak masak bersubsidi

MOF teliti penggunaan MyKad beli minyak masak bersubsidi

Amir Hamzah Azizan - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti cadangan memperluas penggunaan ekosistem digital berasaskan MyKad termasuk integrasi dengan sistem Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi memperkukuh pengesahan identiti dalam penjualan minyak masak bersubsidi.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, MOF sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) khususnya berkaitan penggunaan MyKad untuk Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS).

Katanya, langkah berkenaan bertujuan memastikan ketirisan dapat dibendung, selain subsidi disalurkan secara mudah, adil dan tepat kepada golongan sasar.

“Pendekatan ini memanfaatkan infrastruktur sedia ada tanpa memperkenalkan kaedah tambahan yang membebankan rakyat, sekali gus memastikan hanya warganegara yang layak menikmati subsidi,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai rancangan kerajaan untuk mereplikasi kejayaan mekanisme penyelarasan subsidi Budi Madani RON95 (BUDI95) ke barangan lain seperti minyak masak dan gula.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN