KUALA LUMPUR: Sebanyak RM5 juta disalurkan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menyelesaikan isu ketidakpadanan bakat yang kini menjadi cabaran serius buat negara. Ia susulan, seramai 1.96 juta rakyat Malaysia dilaporkan berada dalam kategori guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, langkah itu diambil selepas data Laporan Tenaga Buruh Suku Keempat 2025 menunjukkan realiti membimbangkan meskipun kadar pengangguran negara…










