PASIR PUTEH: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM232 juta bagi melaksanakan pembinaan infrastruktur utama dalam meningkatkan keupayaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menjaga keselamatan perairan negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Rosli Abdullah berkata, peruntukan itu melibatkan pembinaan infrastruktur penguatkuasaan pembinaan jeti sepanjang 200 meter, pejabat operasi dan lokap tahanan dengan tempoh siap dijangka dalam masa tiga tahun. Katanya, cadangan pembangunan Pangkalan Maritim Malaysia Pengkalan Kubor seluas lebih satu…










