Qi Razali timang cahaya mata pertama, pilih nama Anggun Sumayyah - Utusan Malaysia

Qi Razali timang cahaya mata pertama, pilih nama Anggun Sumayyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Qi Razali dan isterinya, Wardah Hayati selamat menimang cahaya mata pertama.

Tampil dengan gelaran ‘babah’, Qi atau Qushairi Mohammed Razali, 49, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram Story (Igs).

“Assalamualaikum puteri babah,” tulisnya ringkas.

Dalam hantaran tersebut, Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-34 (FFM34) itu turut berkongsi fotonya bersama puteri kesayangannya itu.

Bagaimanapun, pelakon filem Babah itu tidak mendedahkan wajah bayinya sebaliknya menutupnya dengan emoji kartun.

Sementara itu, menerusi perkongsian isterinya pula, mereka menamakan puteri sulungnya itu Anggun Sumayyah.

Pada perkongsian sama, jurusolek itu turut memaklumkan anak mereka telah selamat dilahirkan pada 23 Januari lalu.

Sebelum ini, Ai dalam satu wawancara pernah memaklumkan dia dan isteri memilih nama klasik buat zuriat mereka.

Terdahulu, Qi dan Wardah mendirikan rumah tangga dengan Wardah pada 25 Mei 2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN