PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi penjelasan secara terperinci berhubung isu Jajaran Sempadan Malaysia-Indonesia dalam Sesi Penerangan Khas di Parlimen pada pukul 11.30 pagi ini. Anwar berkata, penjelasan berkenaan diharap dapat memberi manfaat kepada semua pihak khususnya bagi memperbetulkan kekeliruan dan salah faham yang telah timbul dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menjelaskan pemuktamadan pengukuran sempadan darat membabitkan tiga kampung…










