ALOR SETAR: PKR Kedah menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar parti itu diperkukuh untuk kembali sebagai antara kubu utama parti di negeri ini. Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Tunku Nashrul Abaidah berkata, tumpuan akan diberi kepada pengukuhan struktur kepimpinan, kesiapsiagaan jentera parti serta penyatuan pengalaman pimpinan terdahulu. Katanya, perkara itu akan dipadankan dengan semangat generasi baharu bagi memastikan gerak kerja yang berkesan dan berterusan.…










