KUALA LUMPUR: Penelitian pindaan berkaitan akta bagi memperuntukkan had laju 30 kilometer sejam (km/j) secara khusus di zon sekolah sedang dilakukan Kementerian Pengangkutan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pindaan berkaitan Kaedah-Kaedah di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) tersebut dilaksanakan secara komprehensif dengan penglibatan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan. Katanya, ia termasuk Kementerian Kerja Raya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, PLANMalaysia, Kementerian Pendidikan, Polis Diraja Malaysia (PDRM)…










