Piala Cabaran: KRW FC, Penang FC terikat tanpa jaringan

Piala Cabaran: KRW FC, Penang FC terikat tanpa jaringan

PHILIP Dandada Musa (kanan) cuba mengawal pemain Peneng FC pada aksi suku akhir pertama Piala Cabaran di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi-IHSAN MFL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan Red Warrior FC (KRW) gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri selepas terikat tanpa jaringan menentang Penang FC pada aksi suku akhir pertama Piala Cabaran di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Aksi separuh masa pertama lebih banyak menyaksikan deretan peluang terhidang yang dimiliki kedua-dua pasukan gagal diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan.

Bagaimanapun, tuan rumah memperoleh peluang terbaik pada minit ke-27 menerusi Philip Dandada Musa namun, rembatan lencongnya berjaya ditepis oleh Mohamad Ramadhan Ab. Hamid sebelum percubaan susulan Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali tersasar keluar.

Tuan rumah sekali lagi menduga gawang Penang FC melalui rembatan Emmanuel Mbarga Junior pada minit ke-39 namun sekali lagi dinafikan oleh kecekapan Mohamad Ramadhan di pintu golnya.

Anak didik Wan Rohaimi Wan Ismail juga gagal memanfaatkan kelebihan fizikal dimiliki menyaksikan kedudukan kekal terikat tanpa sebarang jaringan sehingga ke penghujung separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan Penang FC mula menghidupkan intensiti perlawanan dengan meningkatkan tempo permainan dan memberikan tekanan kepada skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim.

Barisan pemain KRW FC bagaimanapun kekal mempamerkan semangat enggan mengalah serta menyerap setiap tekanan sekali gus membolehkan mereka kembali mengimbangi perlawanan.

Bagaimanapun kedua-dua pasukan terus dihantui ketumpulan penyudah menyaksikan kedudukan kekal terikat tanpa sebarang sebarang jaringan sehingga ke tiupan wisel penamat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN