ALOR SETAR: Pakatan Harapan (PH) akan memuktamadkan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Johor dan Sarawak tidak lama lagi susulan mesyuarat Majlis Sekretariat yang diadakan minggu lalu. Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, gabungan itu mempunyai dua peringkat jawatankuasa utama iaitu Majlis Presiden dan Majlis Sekretariat yang berperanan menyelaras keputusan politik serta gerak kerja organisasi. Menurut beliau, mesyuarat sekretariat itu membincangkan persiapan pilihan raya, selaras dengan…










