Perkataan menghina, menjengkelkan dalam Seksyen 233 berperlembagaan

Perkataan menghina, menjengkelkan dalam Akta Komunikasi sah, berperlembagaan

AKTIVIS, Heidy Quah (tengah) bersama peguam mewakilinya di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, hari ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan perkataan menghina dan menjengkelkan dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah sah dan berperlembagaan.

Keputusan itu dicapai sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang bersidang bersama hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali serta Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Perkembangan itu sekaligus menyaksikan rayuan kerajaan yang diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berjaya mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada tahun lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan perkataan menghina dan menjengkelkan dalam Seksyen 233 sebagai tidak berperlembagaan dan membatalkannya selepas membenarkan rayuan aktivis, Heidy Quah Gaik Li untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya pada 2023.

Wanita itu mempertikaikan penggunaan istilah berkenaan yang didakwanya bercanggah dengan hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan Seksyen 233(1)(a) memperuntukkan kesalahan berkaitan penyebaran kandungan lucah, sumbang, palsu, jelik melampau atau mengancam, dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain.

Pada Julai 2021, Quah, 36, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan membuat kenyataan menyinggung perasaan menerusi satu hantaran di Facebook dan pada 2022, dia dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) selepas mahkamah mendapati pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) adalah cacat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini