Peristiwa ibu jadi ‘kambing hitam’ punca Puteri Balqis tidak percaya sesiapa - Utusan Malaysia

Peristiwa ibu jadi ‘kambing hitam’ punca Puteri Balqis tidak percaya sesiapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Puteri Balqis mengakui penderitaan yang ditanggung ibunya, Norashikin Mohd Aziz menjadi ‘kambing hitam’ individu tertentu membuatkan dirinya tidak mudah percaya orang lain.

Kata Puteri Balqis, peristiwa itu memberi impak yang sangat besar sehingga membuatnya tidak lagi menjadi  ceria seperti dulu.

“Saya tidak pernah jangka daripada mata kabur bertukar menjadi kisah ini. Kisah ini juga membuatkan mata saya tak ada cahaya. Waktu itu saya fikir saya sakit. Saya tak pernah terfikir yang ini akan jadi pengajaran yang saya tidak boleh percaya sesiapa.

“Waktu kecil-kecil macam itu saya bukan main heboh lagi, gelak ceria borak dengan ini borak dengan itu saya banyak belajar. Saya rasa tiada hala tuju sebab ibu tidak bagi tahu.

“Saya bawah unur 12 tahun dan masih kecil. Trauma dia, Ya Allah,” katanya menerusi sebuah sesi audio siar, Sembang Ohh Yeahhh!, yang tular.

Enggan maruah keluarganya terus menjadi mangsa penganiayaan sesetengah individu, Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia Ke- 19 itu menjadi lebih pendendam dan berhati-hati.

“Disebabkan apa yang ibu lalui, saya cuba belajar psikologi supaya perkara itu tidak berulang lagi. Bukan belajar psikologi supaya kita boleh buat benda yang sama, tidak. Tetapi supaya kita tahu permainan mereka.

“Kemudian, bermulalah daripada mata kabur jadi mata tiada cahaya sebab waktu ibu saya cerita tentang apa yang berlaku, saya sebenarnya dipenuhi dendam.

“Bila seorang ibu diperlakukan begitu bertahun-tahun dan banyak berdiam. Anak dia yang akan berdendam,” ujarnya.

Terdahulu, ibu kepada Puteri Balqis, Norashikin mendedahkan dirinya menjadi mangsa penipuan seorang artis wanita veteran dan ahli politik beberapa tahun lalu.

Kata Norashikin, dirinya diperangkap oleh dua individu terbabit yang kononnya mahu membantunya mempertemukan dengan seorang doktor pakar yang bakal merawat masalah penglihatan Puteri Balqis pada ketika itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN