Perangi rasuah tanpa kompromi - Agong 

Perangi rasuah tanpa kompromi – Agong 

SULTAN Ibrahim ketika menerima menghadap Onn Hafiz dan Mohammed Ridha di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor hari ini. - FACEBOOK/SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, integriti dan ketelusan pentadbiran adalah asas penting dalam memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negeri terus terpelihara.

“Usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri. 

“Ini kerana integriti dan ketelusan pentadbiran adalah asas penting dalam memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negeri terus terpelihara,” titah baginda menerusi perkongsian di akaun Facebook, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Terdahulu, baginda menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Dalam pertemuan itu , Sultan Ibrahim juga dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa dan kemajuan pesat dicapai Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN