PETALING JAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di zon utara bagi menangani kesan cuaca panas serta penyusutan paras air di beberapa empangan utama. Operasi itu dilaksanakan hasil kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Nadma menerusi hantaran Facebook memaklumkan operasi yang bermula semalam diteruskan hari ini, dengan memberi tumpuan kepada kawasan tadahan hujan di Kedah dan Perak. Katanya, ia membabitkan…










