ALOR SETAR: Tindakan segelintir peniaga di sekitar bandar raya ini yang masih gagal meletakkan tanda harga pada barang jualan dikesali kerana menyukarkan pengguna membuat pilihan selain membuka ruang kepada manipulasi harga. Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohd. Yusrizal Yusoff berkata, sikap peniaga itu juga jelas melanggar peraturan ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terutama ketika musim perayaan ini. “Cake kesal kerana hari ini kita melakukan tinjauan…










