Pengurus cuai, Haidar Hasanudin terlepas tawaran drama - Utusan Malaysia

Pengurus cuai, Haidar Hasanudin terlepas tawaran drama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Aku ini sopan. Tapi janganlah cuba-cuba menguji. Sekali dua boleh pejam mata. Tapi ini soal periuk nasi,”

Demikian kata pelakon, Haidar Hasanudin meluahkan rasa terkilan kerana terlepas tawaran membintangi sebuah drama akibat kecuaian pengurus peribadinya.

Meskipun percaya akan rezeki yang tertulis, Haidar bagaimanapun kecewa dengan sikap pengurusnya yang tidak cakna untuk membalas segala pertanyaan melalui pesanan mesej daripada pihak produksi.

“Pernah terlepas peranan utama yang diminta secara langsung dari stesen sendiri sebab tiada maklum balas dari pengurus.

“Ya, rezeki memang sudah diatur tuhan. Tapi bukankah kita sudah diamanahkan?,” katanya di Threads.

Dalam masa sama, pelakon drama Layang-Layang Perkahwinan itu turut menasihatkan agar setiap pengurus artis dapat menjalankan tanggungjawab sebaiknya agar periuk nasi mana-mana pihak tidak terjejas.

“Kepada pengurus-pengurus artis, tahu tak betapa pentingnya untuk maklum balas setiap pertanyaan dari mana-mana produksi atau stesen itu?

“Bukan ke itu adalah produk anda? Itu juga lah rezeki artis itu, dan juga rezeki bersama,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti bersetuju dengan kenyataan tersebut bahkan menasihati pelakon itu agar menggunakan perkhidmatan agensi ataupun bergerak secara sendiri tanpa bantuan pengurus.

“100 peratus setuju. Oleh itu, bergerak atau bekerjasama hanya dengan ejen tanpa pengurus boleh menjadi lebih baik,” kata Che Puan Sarimah Ibrahim.

“Baik uruskan sendiri kalau begitu,” komen Yuna Rahim. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN