Pengarah syarikat pembersihan didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan

Pengarah syarikat pembersihan didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan

MUJEEBUR Rahman Hithayatullah (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang semalam atas sembilan pertuduhan iaitu gagal membayar cukai perkhidmatan dan penalti sebanyak RM38,362.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan pembersihan dan seorang pengarahnya didakwa atas sembilan pertuduhan iaitu gagal membayar cukai perkhidmatan dan penalti sebanyak RM38,362 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Mujeebur Rahman Hithayatullah, 34, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 2021 hingga 2024, namun, dia mengaku tidak bersalah dan meminta agar dibicarakan selepas pertuduhan-pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut kesemua pertuduhan, Mujeebur Rahman sebagai Orang Kena Cukai di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 didapati gagal membayar cukai bagi tempoh bercukai 1 November 2021 hingga 30 April 2024 sebagaimana ditetapkan di bawah Seksyen 26(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), George Town, Pulau Pinang.

Sehubungan itu, dia telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 26(8) Akta Perkhidmatan Cukai 2018 dan dibaca bersama Seksyen 78(1) akta yang sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JKDM iaitu A. Uvarajan manakala OKS tidak diwakili mana-mana peguam. Mahkamah kemudian menetapkan 31 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan serahan dokumen dan lantikan peguam. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN