JOHOR BAHRU: Penduduk Kota Tinggi hidup dalam kebimbangan susulan penularan wabak Tuberkulosis (Tibi) yang dilaporkan berlaku sejak 25 Januari lalu. Penduduk khususnya di Felda Sungai Mas kini mengehadkan pergerakan harian dan mengelak keluar rumah kerana bimbang dijangkiti wabak berjangkit yang merebak melalui udara. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati penduduk mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memakai pelitup muka, selain paparan iklan digital di laluan utama dengan maklumat berkaitan Tibi serta langkah pencegahan kesihatan.…










