Imam diserang strok, keluarga hilang sumber pendapatan

Imam diserang strok, keluarga hilang sumber pendapatan

NUR Ain Najwa menguruskan penjagaan Rosni yang mengalami strok di Felda Jengka Satu, Maran, Pahang. – UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Ujian berat menimpa seorang imam apabila dia terlantar akibat serangan strok sejak September lalu sekali gus menjejaskan sumber pendapatan keluarga yang selama ini bergantung sepenuhnya kepada elaun perkhidmatan agamanya.

Rosni Hassan, 61, yang lebih dikenali dalam kalangan penduduk setempat sebagai Pak Tam merupakan Imam Masjid Felda Anggerik Jengka Satu di sini dan bekas tenaga pengajar Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Dia disahkan mengalami strok sebelah kanan badan menyebabkannya tidak lagi mampu bergerak, bercakap mahupun menguruskan diri.

Anak perempuannya, Nur Ain Najwa, 26, berkata, keada­an kesihatan bapanya semakin merosot sejak hujung September tahun lalu dan kini memerlukan penjagaan rapi sepenuh masa di rumah.

“Sejak ayah diserang strok, dia langsung tidak boleh bangun dan bercakap. Semua keperluan harian perlu diuruskan sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di sini.

Nur Ain Najwa berkata, sebelum sakit, bapanya bergantung kepada elaun imam sekitar RM800 sebulan selepas bersara namun elaun itu kemungkinan dihentikan susulan proses pelantikan imam baharu.

“Kami memang sangat terhimpit kerana ayah sudah tidak mampu bekerja,” ujarnya.

Menurutnya, beban kewa­ngan keluarga semakin berat apabila terpaksa menanggung kos keperluan perubatan yang tinggi.

Keluarga ini turut menanggung sewaan rumah berjumlah RM200 sebulan sekali gus menambahkan tekanan kewangan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Rosni menerusi nombor akaun 0630 0298 5045 3518.Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Nur Ain Najwa di nombor 014-606 8206.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN