PETALING JAYA: Pendakwa utama beberapa kes rasuah berprofil tinggi, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dipindahkan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) sebagai Timbalan Ketua II Bahagian Perbicaraan dan Rayuan berkuat kuasa 2 Mac ini. Menerusi pekeliling bertarikh 24 Februari, Wan Shaharuddin yang kini merupakan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM akan memegang jawatan tersebut secara jawatan terapung di AGC. Sepanjang perkhidmatannya, beliau mengendalikan beberapa…










