PETALING JAYA: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui parti itu masih belum menembusi sepenuhnya pengundi muda dan pengundi atas pagar, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu Islam. Ketua Pemuda Amanah, Mohd. Hasbie Muda berkata, kelemahan berkenaan perlu diperbetulkan melalui gerak kerja politik yang lebih berimpak tinggi, kehadiran lapangan yang konsisten dan pendekatan kempen yang lebih segar serrta relevan dengan realiti semasa. Katanya, Amanah kini perlu berfungsi sebagai jentera yang berkeupayaan memenangi…










