KUALA LUMPUR: Pelakon, Anzalna Nasir, 38, menjelaskan ketiadaan kerjasama antara dia dengan sebuah jenama pakaian terkenal tahun ini tidak wajar dipersoalkan.
Malah finalis pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 itu berkata pemilik produk berkenaan bebas memilih mana-mana selebriti sebagai duta mereka.
“Terlalu banyak telahan yang ditimbulkan apabila kami tidak dilantik sebagai duta jenama J pada tahun ini. Perkara ini telah pun kami jelaskan.
“Hujung pangkalnya, pemilik jenama berhak bekerjasama dengan selebriti pilihan mereka.
“Dan kami seronok bekerjasama dengan mereka tahun lalu,” tulisnya dalam Threads.
Anzalna juga meluahkan rasa syukur apabila tahun ini dia ditawarkan berkolaborasi bersama jenama yang lain dengan tawaran yang lebih baik.
“Alhamdulillah, tahun ini kami menerima tawaran yang lebih baik menerusi kolaborasi dengan beberapa jenama.
“Kami bersyukur dengan peluang yang diberikan,” tulisnya lagi. – UTUSAN










