PETALING JAYA: “Pemecatan dilakukan secara tergesa-gesa tanpa hormat kepada pepatah Melayu ‘biduk lalu kiambang bertaut.” Demikian kata pengasas Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Rais Yatim susulan pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan beberapa pimpinan lain parti itu. Susulan pemecatan tersebut, Rais meletakkan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pengukuhan Bersatu kerana melihat nasihat jawatankuasa tersebut tidak lagi relevan apabila Hamzah dan sekumpulan besar pimpinan Bersatu dipecat daripada parti. “Intisari (teras)…










