PETALING JAYA: Mekanisme pemantauan integriti perlu dilaksanakan secara berjadual dan berkala bagi memastikan tadbir urus serta pematuhan sentiasa berada pada tahap tertinggi. Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Shaharuddin Khalid berkata, prinsip ketegasan terhadap sebarang kewujudan salah laku anggota penguat kuasa perlu menjadi pegangan utama semua ketua jabatan. Katanya, sepanjang tempoh perkhidmatannya, semua kes salah laku telah diambil tindakan tanpa kompromi. Beliau berkata, pendekatan berteraskan ketelusan, akauntabiliti dan…










