MELAKA: Pelantikan Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka menunjukkan ketandusan kepemimpinan di negeri ini. Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub berkata, pelantikan kononnya bagi tujuan ‘penyusunan semula’ itu hakikatnya adalah usaha menampal kelemahan dalaman yang semakin parah. Katanya, tindakan melantik Mohd. Radzi bagi menggantikan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang meletak jawatan…










