KUALA LUMPUR: Pekerja sektor swasta boleh memohon kepada majikan masing-masing untuk mengamalkan kerja secara fleksibel termasuk bekerja dari rumah selaras dengan inisiatif Aturan Kerja Fleksibel (AKF). Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, inisiatif itu memfokuskan kebajikan pekerja serta keseimbangan kehidupan bekerja dan berkeluarga atau work life balance. Katanya, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif AKF dengan meminda Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 serta pindaan Ordinan…










