ALOR SETAR: Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya dalam kejadian awal bulan ini. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan dan tidak dijatuhi hukuman mati. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norfatin Azera Norhisham, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Tertuduh, Amirul…










