PETALING JAYA: Menyertai Perikatan Nasional (PN) merupakan antara pilihan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya umum (PRU) akan datang. Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan PN bagi mengukuhkan blok pembangkang. Beliau berkata, perbincangan tersebut melibatkan hala tuju dalam menangani pelbagai isu serta bentuk kerjasama dalam menghadapi pilihan raya. “Perbincangan masih di peringkat awal dan bersifat terbuka.…










