Pas komited perkukuh PN secara kolektif, inklusif selepas terajui gabungan

Pas komited perkukuh PN secara kolektif, inklusif selepas terajui gabungan

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas terus komited memperkukuh Perikatan Nasional (PN) secara kolektif dan inklusif selepas wakilnya diberi tanggungjawab menerajui gabungan itu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pengukuhan PN itu disulami dengan terjemahan nilai kesederhanaan dan keadilan untuk semua demi kestabilan serta keharmonian negara.

“Saya menyambut baik kepercayaan diberikan oleh semua parti anggota PN yang bersetuju dengan cadangan saya untuk melantik Datuk Seri  Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN baharu. 

“Pas merakamkan sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas segala jasa, sumbangan dan khidmat baki yang telah dicurahkan sepanjang menerajui PN. Semoga Allah memberkati segala usaha dan pengorbanan Tan Sri,” katanya dalam satu kenyatan malam ini.

Terdahulu,  Mesyuarat Luar Biasa MPT PN sebulat suara bersetuju menamakan Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas sebagai Pengerusi PN yang baharu menggantikan i Muhyiddin yang meletak jawatan.

Perkara itu dinyatakan keempat-empat presiden parti dalam gabungan tersebut iaitu Abdul Hadi; Muhyiddin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu); Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau dan Presiden MIPP, P. Punithan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN