KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat bagi bacaan kali pertama, hari ini. Selain itu, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk mengasingkan peranan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya turut dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Bacaan kali kedua untuk kedua-dua RUU berkenaan dimaklumkan akan dibentangkan pada persidangan kali ini. – UTUSAN










