KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya mendapatkan semula hasil dan bayaran balik berjumlah RMM316.68 juta menerusi tindakan susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) setakat 31 Disember lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jumlah itu melibatkan kutipan penalti, sewa tertunggak, duti, cukai serta tuntutan ganti rugi yang dikenal pasti melalui proses pengauditan. Katanya, kejayaan tersebut membuktikan peranan audit sebagai mekanisme semak dan imbang…










