KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,889 kes buli direkodkan sepanjang 2025 melibatkan 740 kes di sekolah rendah dan 2,149 kes di sekolah menengah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) serius menangani salah laku buli dalam kalangan murid dan tindakan tegas akan diambil bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid. “KPM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku buli di institusi pendidikan dan usaha membanteras gejala itu merupakan langkah berpanjangan…










