KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,133 kes kecurian elektrik melibatkan pengguna meter pintar dikesan di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 2021 hingga 2025 dengan anggaran kerugian kira-kira RM41 juta. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, setakat 2025 sebanyak 5.56 juta meter pintar telah dipasang bagi membantu mengekang aktiviti sambungan haram, termasuk yang dikaitkan dengan perlombongan mata wang kripto. Katanya, selain penggunaan meter…










