TAPAH: Orang ramai memilih mandi di kolam rekreasi air di Refarm Leisure Park, Temoh dekat sini sebagai alternatif menyejukkan badan dan beriadah bersama keluarga susulan cuaca panas yang melanda kebelakangan ini. Eksekutif Kanan pusat percutian berkenaan, Fathin Nadhirah Mohamed Firdous berkata, Refarm Leisure Park menjadi antara lokasi tumpuan pengunjung terutama pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan. Menurutnya, pengunjung bukan sahaja terdiri daripada penduduk setempat malah turut datang dari luar…










