KANGAR: Padang Besar bakal mempunyai pihak berkuasa tempatan (PBT) sendiri selepas diluluskan kerajaan Perlis baru-baru ini. Bagi fasa satu yang dilaksanakan secara interim melibatkan keseluruhan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) dan Projek Pelabuhan Darat (PIP) berkuat kuasa 1 Mac ini. Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, selain itu, dalam usaha meningkatkan kemudahan infrastruktur dan aksesibiliti, kerajaan negeri juga akan melaksanakan satu lagi inisiatif strategik dengan penubuhan Pusat Sehenti Khas (One…










