PETALING JAYA: Perdagangan rokok seludup di negara ini terus menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian dianggarkan kira-kira RM10 bilion setahun, menurut Advokasi Perusahaan dan Industri (API). Pengarah Urusannya, Datuk Fazli Nordin berkata, ia merangkumi kira-kira RM5 bilion hasil cukai yang tidak dipungut serta tambahan RM5 bilion perbelanjaan awam berterusan bagi membiayai usaha penguatkuasaan. Katanya, kerugian besar itu menunjukkan beban fiskal berterusan yang terpaksa ditanggung negara akibat perdagangan haram. “Angka tersebut juga…










