KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) susulan pelantikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN yang baharu. Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jawatan timbalan-timbalan lain dalam gabungan itu kekal sebagaimana sebelum ini. Selain itu katanya, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak berhasrat untuk berada dalam Majlis Tertinggi PN. “Jawatan timbalan-timbalan yang lain…










