PUTRAJAYA: Kewujudan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) membantu mengurangkan keperluan latihan semula atau ‘reskilling’ dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi tempatan. Ia juga mampu menangani isu ketidakpadanan kemahiran (skills mismatch) yang sering dibangkitkan oleh pelbagai pihak. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kewujudan universiti teknikal amat penting bagi memastikan negara tidak terus berdepan masalah graduan tidak memenuhi keperluan sebenar industri, khususnya dalam bidang teknologi tinggi seperti…










