KUALA LUMPUR: MPH Bookstores meraikan kecemerlangan industri buku menerusi penganjuran Anugerah Juara Buku 2025 sebagai penghargaan terhadap karya-karya terbaik tempatan dan antarabangsa. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Martin Cross berkata, penganjuran anugerah itu bertujuan memberi pengiktirafan sewajarnya kepada penulis dan penerbit, khususnya bakat tempatan. Katanya, anugerah tersebut bukan sahaja meraikan kejayaan karya berkualiti, malah diharap dapat menjadi inspirasi kepada pemain industri buku agar terus menyumbang kepada perkembangan budaya membaca di negara ini.…










